26/7/2010 - Isnin, bertempat di Lotte Hotel telah diadakan satu perjumpaan khas antara 50 orang pelajar yang menuntut di Korea Selatan bersama Yang Amat Berhormat Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin Bin Haji Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Pelajaran Malaysia serta isterinya, Puan Sri Norainee Binti Abdul Rahman.

Turut serta dalam pertemuan tersebut ialah Duta Besar Malaysia di Republik Korea, Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran Malaysia, Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Ahli Parlimen, Pegawai-Pegawai Kanan Kementerian Luar Legeri, Kementerian Pelajaran Malaysia dan Pegawai-Pegawai di Kedutaan Besar Malaysia di Korea.

Sesi soal jawab bersama Y.A.B Tan Sri juga telah diadakan dan para pelajar dapat merungkai beberapa persoalan tentang isu semasa di Malaysia. Terima kasih

KamilHalim on July 28 2010 22:33:16 · 0 Comments · 94 Reads · Print


18/7/2010 - Seramai 20 orang pelajar Malaysia di Republik Korea telah menghadiri perjumpaan bersama Yang Berhormat Dato' Sri Mustapa Mohamed yang telah diadakan di Lotte Hotel.

Antara perkara yang diperbincangkan bersama ialah berkenaan isu penyelarasan subsidi yang telah dilaksanakan oleh kerajaan. Banyak input-input baru yang diterima melalui pertemuan pada kali ini.

Terima kasih.
KamilHalim on July 28 2010 22:16:44 · 0 Comments · 83 Reads · Print







10/7/2010 - Seramai lebih kurang 60 orang pelajar Malaysia telah mengikuti lawatan ke Rumah Kebajikan di Korea. Seronok dapat menghiburkan mereka walaupun 3 jam sahaja bersama mereka.

Tidak semua yang hidup ini adalah sempurna, oleh itu melalui program seperti ini, kita dapat memberi peluang kepada para pelajar untuk berkongsi kegembiraan bersama teman-teman yang kurang bernasib baik.


OBJEKTIF

a. Merapatkan hubungan di antara pelajar dengan golongan kurang bernasib baik.
b. Mendedahkan kepada pelajar kehidupan golongan yang kurang bernasib baik
c. Menenangkan fikiran pelajar selepas menghadapi peperiksaan.


BUTIR-BUTIR AKTIVITI

Tarikh : 10/7/2010
Masa : 10.00 am – 6.00 pm
Tempat : °ÜÀÚ¾¾ »ç¶ûÀÇÁý ( http://www.gyeojac.co.kr/ )
( Rumah Kebajikan Gyeo Ja Shi)


SENARAI PESERTA

1. Fauziah binti Mustapha 8
2. Azharul Bin Azuas 5
3. Muhammad Hanif bin Fazli 6
4. Muhammad Najmudin Bin Md Ariffin 10
5. Mohd Nasrik bin Misbah 6
6. Syafiqa Hanim binti Shaffei.10
7. Siti Nuradzlin Binti Mustapha 8
8. Mohd Elhafiy Bin Mohd Yunus 6
9. Iffah Fadhilah Ag. Muhaidin 10
10. Abdul Aziz Bin Ab Rashid
11. Siti Zulaihah bt Abd Karim 10
12. Dayang Nur Fatin Nabilla bt Abg Zakeria 10
13. Wong Pek Kee 7
14. Mohamad Aimien bin Mohamad Ali 7
15. Ng Ruying 6
16. Mazni Al Zafran bin Jani 7
17. Muhammad Faiz bin Hashim 6
18. Ahmad Tawfiq bin Abd. Aziz 7
19. Tam Yin Ping 9
20. saram (Luqman) 7
21. Jaramie Cobrado Joibi 10
22. Lee Yu Han 6
23. Lee Hoi Yee 10
24. Thong Yee Xin 10
25. Norfatihah binti Mohd Fauzi 8
26. Azzizatul Ain binti Sabani 9
27. Ammar Bin Anuar 6
28. Muse 6
29. Grace Lim Yik Shi 10
30. Mohamad Sauffi bin Kamarudin 8
31. Mohammad Yazid Bin Baharum 8
32. Abdul Muhaimin Syahabuddin 6
33. Suhaizam Naim bin Mat Said 6
34. Sherin Fahainy Bt Md Nasir (oyien) 8
35. Mohd Tarmizi Bin Md Yusoff 6
36. Siti Aminah Mazlan 8
37. Mohd Syamim Marwan 6
38. Mohd Firdaus Bin Zainal6
39. Ng Juan Lin 4
40. Foo Zhen Xing 9
41. Mohd Kamil Bin Ab Halim 6
42. WanShahril bin Wan Yahya 6
43. Nurhasanah bte Ismail 6
44. Syed Muhammad Nazir Bin Syed Othman 10
45. Mohd Fazlan Yusoff 6
46. Loi Heng Chiang 6
47. Mohd Amirul Hafiz Bin Marzuki 7
48. Azmafatihah bt Abdul Aziz 8
49. :Mohd Hafizul Ismail6
50. Iszaidy Ismail 6
51. Nurfarahin binti Romli 8
52. Norhuda binti Marsuki 7
53. See Ren Shen 7
54. Lionel 6
55. Izzuddin 8
56. Hafizan 8
57. Anna Chew Dinding 8
58. Mohammad Samsudian 10


Terima kasih kepada semua menyertai lawatan ini dan terima kasih juga atas penat lelah kita bersama, mereka semua terhibur dan seronok.




admin on July 17 2010 11:26:34 · 0 Comments · 86 Reads · Print











Gambar-gambar sekitar sesi Taklimat Kerjaya bersama Donghwa Holdings yang telah diadakan bagi memberi peluang kepada para pelajar bersoal jawab berhubung perluang kerjaya yang ditawarkan oleh syarikat berkenaan.

Butir aktiviti ialah seperti berikut :


Tempat : Donghwa Holding, 4th Floor, Yeouido. (Yeouido Station, Line 5, Exit #4).
Masa : 22/6/2010 (Selasa)


Terima kasih kepada Kak Sharina dan semua yang hadir. Sangat bermanfaat !



admin on July 17 2010 11:16:22 · 0 Comments · 78 Reads · Print




















Buat julung-julung kalinya, Biro Sukan dan Rekreasi PPMK 2009/2010 telah berjaya menganjurkan Seoul Indoor Games 2010 bertempat di Dongyang Mirae University. Antara acara yang dipertandingkan ialah Badminton, Catur, Ping Pong, Wii, PES dan Sepak Takraw.

Aktiviti ini telah dihadiri oleh hampir 250 orang pelajar Malaysia di Korea dan pertandingan sangat sengit memandangkan bakat-bakat yang sekian lama terpendam berjaya ditunjukkan dalam aktiviti ini.

Tahniah atas kejayaan penganjurannya.

Nama Aktiviti : Seoul Indoor Games 2010 (SIG)
Tarikh : 5/6/2010 (Sabtu)
Tempat : Dongyang Mirae University


PPMK mengucapkan tahniah kepada semua dan terima kasih atas sokongan anda.

SIG 2010 Gempak !



admin on July 17 2010 11:07:37 · 0 Comments · 73 Reads · Print











¡°Simposium Kerjaya dan Halatuju Pelajar¡± telah dianjurkan di bawah Biro Akademik dan Kerjaya Persatuan Pelajar Malaysia Korea (PPMK) sesi 2009/2010. Simposium ini merupakan satu kem yang dirangka khas untuk pelajar tahun akhir yang menuntut di Korea Selatan atas kesedaran betapa pentingnya persediaan untuk menghadapi dunia pekerjaan dan halatuju yang bakal ditempuhi selepas tamat pengajian kelak.

Satu kajian telah dijalankan kepada pelajar yang telah tamat pengajian pada awal tahun 2009 berkaitan kerjaya dan persediaan mereka untuk menghadapi temuduga dan sebagainya. Rata-rata responden berpendapat bahawa pelajar-pelajar Malaysia di Korea Selatan amat kurang sekali pendedahan tentang dunia yang bakal mereka lalui selepas sahaja selesai pengajian mereka di peringkat ijazah. Mereka juga berpendapatt bahawa kegagalan dalam temuduga, yang dikendalikan oleh mana mana universiti mahupun syarikat adalah disebabkan oleh kurangnya maklumat dan kurannya persediaan sebelum temuduga.

Sebahagian besar para pelajar tahun akhir masih kabur tentang perjalanan yang mereka perlu dilalui sesudah selesainya mereka menamatkan pengajian di peringkat ijazah. Senario ini membuktikan mereka gagal untuk mendapatkan input input yang sememangnya diperlukan untuk persediaan tentang jalan yang bakal mereka lalui kelak.Tambahan pula, masalah ekonomi yang melanda dunia ketika ini membuatkan para pelajar berasa amat gusar akan peluang pekerjaan di Malaysia, Korea Selatan mahupun di negara-negara lain.

Maka terbitlah idea untuk mengadakan Simposium Kerjaya ini yang bertujuan untuk menyediakan dan mempersiapkan para pelajar tahun akhir dengan semua kemahiran dan kepakaran serta maklumat yang lengkap bagi menghadapi sesi temuduga dan sebagainya. Selain itu, para pelajar juga akan didedahkan kepada cabang-cabang pekerjaan yang boleh ditempuhi oleh mereka selepas tamat pengajian diperingkat ijazah pada tahun 2011 kelak. Memandangkan peluang ini merupakan ruang untuk para pelajar tahun akhir berkumpul, kem ini juga akan menjadi lapangan buat para pelajar sama sama berkumpul, bertukar idea dan pendapat kerana setelah sekian lama , inilah ruang untuk semua pelajar tahun akhir dapat berkumpul sekali.

Kesimpulannya, kem yang dijalankan ini telah dapat memberikan input yang berguna untuk pelajar tahun akhir memandangkan mereka bakal memasuki tahap kehidupan yang baru. Mereka bakal memasuki alam pekerjaan yang mana memerlukan satu kekuatan mental dan fizikal. Oleh sebab itu, semoga ianya telah memberikan kesan yang positif kepada pelajar Malaysia tahun akhir di Korea Selatan, InsyaAllah.


Nama Aktiviti : Simposium Kerjaya 2010
Tempat : Han Tan Gang, Korea
Tarikh : 21/5/2010 - 22/5/2010

Terima kasih
admin on July 16 2010 20:04:20 · 0 Comments · 76 Reads · Print

Kuala Lumpur, 10 Julai - KERAJAAN telah membuat keputusan bahawa pemberian biasiswa untuk pengajian ke luar negara atau dalam negara melalui biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) adalah merangkumi semua pelajar tidak mengira etnik, kaum, keturunan dan latar belakang.

Semua pelajar cemerlang yang memperolehi 9A+ dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) layak menerima biasiswa JPA.

Pengumuman yang dibuat oleh Perdana Menteri di Perhimpunan Agung MIC kelmarin itu barangkali mengejutkan banyak pihak.

Menurut Datuk Seri Najib Tun Razak, keputusan itu semata-mata untuk mengiktiraf pelajar cemerlang. Tetapi ia juga boleh dilihat sebagai formula yang mungkin dapat menutup kontroversi dan rasa tidak puas hati masyarakat berbilang kaum di negara ini.

Sebelum ini, kuota pemberian biasiswa JPA sering menimbulkan kontroversi dan tidak puas hati sesetengah pihak.

Misalnya pada tahun 2008, ada pelbagai pihak menyuarakan tidak puas hati dengan penambahan kuota biasiswa JPA yang memberikan 50 peratus kepada bumiputera dan 45 peratus bukan bumiputera sementara lima peratus kepada kaum-kaum lain.

Kaum bumiputera bimbang dengan pengurangan bilangan pelajar bumiputera yang memperoleh biasiswa JPA maka akan meluaskan lagi jurang perbezaan bilangan profesional bumiputera dan bukan bumiputera. Malah ada pihak yang berpandangan mereka tidak kisah kerajaan hendak menolong kaum-kaum lain tetapi hak orang Melayu dan bumiputera yang termaktub dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan tetap perlu dipertahankan.

Sebelum wujud agihan itu, JPA menawarkan 2,000 biasiswa setiap tahun dengan pecahan 90 peratus kepada pelajar bumiputera dan bakinya kepada bukan bumiputera.

Terbaharu, nampaknya kerajaan berusaha mengurangkan politik dalam soal agihan biasiswa pelajaran.

Dasar JPA sendiri, tiada amalan dasar pilih kasih dalam pemberian biasiswa atau pinjaman kepada para pelajar tajaannya kerana beberapa kriteria telah ditetapkan. Antara kriteria bagi pelajar tajaan JPA yang melanjutkan pelajaran ke luar negara ialah kecemerlangan akademik dan kedudukan sosioekonomi terutama pelajar daripada keluarga miskin.

Bagaimanapun, kriteria itu tidak bermakna JPA tidak boleh memberikan biasiswa kepada pelajar daripada kalangan anak orang kaya.

Maka, formula lebih adil telah dirangka oleh Kabinet - tanpa mengambil kira komposisi bumiputera dan bukan bumiputera supaya agihannya lebih adil dan memuaskan hati semua pihak.

Jika bilangan pelajar Bumiputera yang cemerlang dan layak mendapat biasiswa itu lebih ramai daripada bukan bumiputera, maka jangan sesiapa mempersoalkannya kelak. Pemberian kini berdasarkan merit.

Jangan ada pula nanti yang mempertikaikan mengapa mereka dapat kurang dan yang lain dapat lebih.

Ini adalah janji Najib yang bersungguh-sungguh mahu melakukan transformasi terhadap negara ini. Mahu tidak mahu, kita perlu ikut perubahan ini. Bangsa Melayu, Cina, India dan kaum di Sabah dan Sarawak harus sedar, kita sekarang berada di atas landasan untuk melakukan transformasi ini.

Keputusan itu memberi gambaran jelas bahawa gagasan 1Malaysia yang diperkenalkan oleh Najib sejak tahun lalu bukan setakat slogan tetapi dilaksanakan oleh kerajaan di bawah kepimpinannya.
jundumay on July 15 2010 06:29:55 · 0 Comments · 70 Reads · Print


PPMK mewakili seluruh pelajar Malaysia di Korea mengucapkan takziah kepada keluarga Nur Nazihah Binti Abd Manan atas pemergian arwah Nur Nazihah Binti Manan (Batch 8) pada pagi 26 Mei 2010.

Semoga Allah mengampuni segala dosa arwah dan semoga beliau ditempatkan di kalangan orang yang beriman.

Sehubungan itu, PPMK telah mengambil inisiatif untuk melancarkan kutipan derma untuk disumbangkan kepada keluarga saudari Nur Nazihah.

Kepada yang ingin menderma, boleh terus hubungi wakil AJK Kecil PPMK di setiap universiti ataupun boleh terus menderma ke dalam tabung yang akan disediakan ketika Seoul Indoor Games 2010 dan Majlis Solat Hajat & Tahlil pada 5 Jun 2010.

PPMK meluluskan sumbangan sebanyak KRW 200 000 buat keluarga Allahyarhamah Nur Nazihah.


Al-Fatihah


admin on June 03 2010 17:00:30 · 0 Comments · 178 Reads · Print


15 Mei 2010 - Pada pukul 7 malam, bertempat di Lotte Hotel, Seoul telah berlangsung satu pertemuan wakil pelajar bersama Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNK).

Pertemuan ini telah memberi ruang kepada para pelajar untuk bertanya serba sedikit hal-hal berkaitan Malaysia pada masa kini.


jundumay on May 19 2010 12:38:10 · 0 Comments · 185 Reads · Print


15 Mei 2010 - Biro Kebudayaan dan Kesenian PPMK 2009/2010 telah berjaya mengadakan Minggu Bahasa dan Budaya. Minggu Bahasa dan Budaya yang telah diadakan ini bertujuan untuk menghayati kembali budaya dan kesenian tradisional Malaysia yang kian dilupai di samping mencungkil bakat-bakat pelajar-pelajar yang terpendam selama ini.

Objektif Program

1) Menghayati budaya dan kesenian tradisional Malaysia yang kian dilupai .
2) Mencungkil bakat-bakat kesenian di kalangan pelajar yang terpendam dan memberi peluang kepada para pelajar untuk menunjukkan bakat masing-masing.
3) Menggalakkan para pelajar supaya lebih peka terhadap isu-isu semasa , memupuk keyakinan para pelajar untuk berucap, mengeluarkan fakta-fakta yang releven dan idea-idea yang baru.

Antara pertandingan yang telah diadakan ialah Pertandingan membalas pantun, Pertandingan ¡°Aku Spontan¡±, Gubahan Hantaran, Nyanyian lagu klasik dan lain-lain. Tahniah kepada semua pemenang.



jundumay on May 19 2010 12:31:18 · 0 Comments · 173 Reads · Print


2 Mei 2010 - Hasil kerjasama antara PPMK dan KUK, World Cup Futsal 2010 telah berjaya diadakan. Terima kasih atas kerjasama semua.



jundumay on May 19 2010 12:22:13 · 0 Comments · 123 Reads · Print
Page 1 of 13 1 2 3 4 > >>